when problems comes...
instead of asking "why me?"
better saying "try me!"
~(^_^)(^^)

Thursday, 17 May 2012

Diakah yang pasti..?


Hari ini saya telah mendapat ilham untuk menulis dan seterusnya meluahkan apa sahaja yang terlintas di benak saya seketika tadi dan juga masih saya fikirkan sehingga ke saat ini. ayat ini sungguh sinonim dengan siapa sahaja sejak dari dahulu,kini dan mungkin selamanya. Pagi tadi seperti biasa saya bersama teman-teman saya dan berbual bersama. Namun bezanya,kali ini saya hanya diam mendengar setiap butir bicara sang sahabat tatkala mereka begitu asyik berdebat pada hemat saya..terkadang saya tersenyum sendiri kerana setiap seorang mempunyai pendapat yang berbeza..selalunya saya yang lantang menyuarakan pendapat namun kala itu saya memilih untuk berdiam dan mendengar semuanya.kadangkala berdiam dan mendengar itu adalah lebih baik bukan? :-)mereka membincangkan tetang cinta!! atau lebih dikenali dengan LOVE mungkin..^^
sahabat saya memulakan bicara dengan kata-kata "Butakah cinta?"
Kala itu juga saya tersenyum..kerana bagi saya secara peribadinya berpendapat bahawa cinta itu tidak buta..hanya kita sendiri yang membutakan diri kerana cinta itu..Buktinya??
cinta kan tiada mata wei..mesti larr tidak boleh di kategorikan antara buta tau tidak kerana secara azalinya cinta memang tidak bermata..kita yang mempunyai mata ini yang hilang pertimbangan dan kewarasan apabila melibatkan cinta bukan? kerana cinta aku rela...
terasa kelakar apabila mendengarnya namun apabila kita sendiri melaluinya,tidak akan timbul sekelumit rasa lucu pun dengan keadaan ini..percaya atau tidak,anda sendirilah mendalaminya..:-)
kata sahabatku lagi "bagaimana kamu boleh jatuh cinta pada si dia jika kamu tahu si dia tidak boleh menanggung kamu nanti?"saya berfikir panjang pada saat dia mengutarakan soalan ini..sahabat saya yang lain mengatakan dia tidak matang dalam soal cinta..benarkah?
kata sahabatku yang lain kalau  dah cinta, semuanya pun boleh..kalau dah cinta,yang susah pasti jadi senang..soal tanggung tak dapat tanggung itu soal kedua..saya tidak membantah mahupun mengiyakan kerana pada saya ianya terlalu subjektif..
kerana keadaan cerita cinta sebegini boleh sahaja terpecah kepada beberapa bahagian cerita yang berbeza mengikut ketetapan individu itu dan juga menguji sebagaimana kukuhnya ikatan cinta keduanya di akhir nanti..kita sering sahaja mendengar orang tua memberi pesan bahawa 'semasa bercinta memang semuanya indah,tapi bila dah kahwin...'
mungkinkah akan sama indahnya seperti pada mulanya?atau lebih indah mungkin?siapa tahu...
saya sendiri juga tiada jawapannya..(saya kan belum kahwin..hehehehe)
"Love does not begin and end the way we seem to think it does. Love is a battle, love is a war; love is a growing up." 

Berbalik pada topik tadi,saya ingin meluahkan pendapat namun sekali lagi sang sahabat mengutarakan soalan "mahukah kamu menerima lelaki yang memang tidak dapat menjanjikan masa depan dengan kamu?perempuan tak mengapa kerana apabila berkahwin perempuan memang di bawah tanggungjawab lelaki.."
matanya terarah kepada saya saat itu..mungkin inginkan pendapat saya yang hanya berdiam diri sejak tadi..saya terkedu seketika..saya juga tidak dapat memberikan jawapan yang pasti..kerana secara lazimnya memang boleh sahaja kita menerima lelaki itu jika memang hati dah cinta..kita nak apakan lagi bukan?jika ketentuan takdir bahawa dia lah jodoh terbaik kita,siapa kita hendak menidakkan..takkan semua perempuan hendakkan lelaki yang kaya dan boleh menjanjikan intan permata kan?habis tu siapa yang nak kahwin dengan yang miskin papah kedana?sedarlah bilangan lelaki dan perempuan di dunia mempunyai perbezaan yang sangat ketara..kalau dah tahu si dia tak mampu,kenapa tidak kita bantu??kalau dia kekurangan kenapa tidak kita perempuan melengkapkan kekurangan itu..jika benar hati tulus ikhlas mencintai dia seadanya semuanya memang boleh!:-) dan pasti boleh!
tapi,sayang sekali semuanya itu hanya terpendam dalam sanubari saya sahaja..kerana bila difikir secara logiknya lagi,memang masa depan yang cerah bersama di kemudian hari itu penting untuk kehidupan berkeluarga kelak..apalagi dunia sekarang semuanya memerlukan wang! ini memang tidak dapat dinafikan lagi..itupun jika kita memang serius bercinta dan terfikir ke arah itu..jika sekadar suka-suka dan ingin menimba pengalaman bercinta,memang boleh sahaja percintaan ini terjalin kerana individu sebegini tidak memikirkan komitmen yang serius kelak..jadi yang penting enjoy! :p
tapi bila si dia mengungkapkan kata cinta dan kita mempunyai rasa yang sama..?dan andai kata si dia serius ke gerbang perkhawinan..? mahu kah kita teruskan..?pastikah kita bahagia..?
sahabat saya yang lain pernah mengatakan  "bagi saya,walau bagaimana besarpun cinta saya dengan si dia tetapi bila saya tahu dan pasti dia tidak mampu menanggung saya dan tidak dapat menjanjikan masa depan yang cerah,saya rela mengenepikan perasaan cinta itu..kerana keluarga saya juga mungkin tidak setuju jika saya terus memilih dia.jadi sebelum semua itu berlaku,seeloknya saya undur diri"
mungkin ada benarnya apa yang di katakan oleh sahabat saya itu..kerana sebelum semuanya menjadi lebih teruk lebih baik kita korbankan perasaan itu bukan?
tapi kata hati saya juga mengatakan sebaliknya..bukankah cinta itu satu perjuangan yang hakiki?kita perlu berjuang sehingga ke akhirnya..cinta itu tidak akan datang bergolek semudah hembusan sang bayu dan berarak indah seperti indahnya sang awan di langit..jika sudah ditakdirkan kita dengan si dia yang memang tidak berkemampuan,tunggulah seberapa lama pun juga, memang tidak akan kunjung tiba si dia idaman itu yang mampu memberikan kecerahan di masa depan..

"instead of finding a perfect love,better we build our perfect love"


tapi walau apa jua pendapat yang ada,semuanya bergantung pada diri kita sendiri bukan?
hanya kita sendiri yang boleh tentukan layak atau tidak si dia di sisi kita..boleh atau tidak  si dia memberikan apa sebenarnya yang kita perlukan..bukan wang semata tetapi cinta dan tanggungjawab yang tinggi apabila si dia mahu memiliki diri kita..:-)
benar,cinta tidak berlandaskan wang tapi mampukah jika hanya cinta semata??

jawapannya ada pada kita..~(^-^)(^^)

Tuesday, 15 May 2012

Hidup itu indah!!^^

kehidupan sememangnya sangat indah!^^….walau sejauh mana kita melangkah,kehidupan itu tetap di situ..walau tidak semuanya kita fahami namun keindahan sebuah kehidupan tetap di rasa..pahit manis mahupun masam rasanya,kita pasti tetap dapat merasa hidup itu indah…tanpa sebuah kehidupan mana mungkin kita merasa semua rasa itu...walau seringkali realiti sebuah kehidupan sukar untuk di tempuh namun ia mengajar kita untuk lebih dewasa dalam mengharungi kehidupan..saat-saat kita bersedih, menangis,meratap dan kecewa kita merasa hidup ini tiada gunanya!hanya membuat kita jatuh dan jatuh lagi..jauh dari semuanya..sungguh sakit kita saat itu..sungguh! seorang pun tidak mungkin dapat memahaminya kerana hanya kita yang merasa rasa itu..dan saat itulah hati ini menguasai akal fikiran..bermaharajalela sehingga yang benar menjadi salah dan yang salah menjadi benar..kita alpa dalam menilai hati dan rasa itu..
akhirnya,tersingkap sebenar rahsia terbesar sebuah kehidupan..kala hati menguasai logika,hidup itu tetap indah! Kerana itulah dia sebuah kehidupan..segala rasa pahit yang kita rasa  adalah penambah perisa kepada sebuah kehidupan sebenar..janganlah terus merasa sakit apabila sudah merasa sakit itu..janganlah terus bersedih jika kesedihan itu telah kita lalui..bangun dan perhatikan dunia! Dunia di cipta untuk sesuatu yang bernama kehidupan~ hiduplah sebaik mungkin agar sebuah kehidupan tidak sia-sia..
Whatever comes just stay still and be thankful to what we have now,coz no matter what thats a life we shud live with..so let it be!!
come on..:-)
just give a time to your own lifes...
everything will be fine..
whatever it is just let it be~^^

Pintu suka hati..^^

Hari ini ingin sekali saya memiliki pintu suka hati..alah,gadget si Doremon tu..hee :-)
dalam banyak-banyak peralatan yang dia ada,saya hanya ingin memiliki Pintu suka hati itu..bukan buluh terbangnya,bukan lampu suluh ajaibnya juga bukan poket ajaibnya..
kenapa?
sebab saya ingin sekali pergi ke suatu tempat tanpa perlu ada halangan ..kata orang sebebas yang mungkin..^^
tapi bukan bermakna saya tak bebas sekarang..memang bebas pun..kan dah merdeka..hee :-)
cuma teringin sekali pergi ke tempat lain..meneroka,melancong dan pergi tanpa sebarang persediaan yang kadangkala merimaskan..:p
jika ada pintu suka hati saya boleh pergi ke mana sahaja!^^ mungkin ke planet lain sekalipun..dan mungkin sahaja pergi ke masa hadapan..tak perlu lah nak memerah otak untuk memikirkan kejadian hari esoknya..
hee..:-) andai sahaja semuanya menjadi realiti..maka pincanglah dunia..haha
syukur sebab semuanya hanya imaginasi yang hebat dari seorang insan bergelar kartunis..
jika tidak tiadalah coretan dari saya di blogger ini..tiada masa untuk semuanya hanya keinginan untuk bebas semata mata..akhirnya terbebas dari semuanya..bebas dari kehidupan sebenar dan lari dari realiti kehidupan manusia..
tanpa perlu menoleh ke belakang lagi,terus melangkah meninggalkan semuanya...
meninggalkan yang pahit,yang menyakitkan,malah yang menyedihkan..dan mungkin yang membuat kita gembira juga kita tinggalkan kerana ingin bebas dari semuanya dan menyangka akan ada lagi yang boleh membuat kita lebih bahagia apabila bebas itu di kecapi..
tapi,dengan pintu suka hati bolehkah saya bebas??hee..:-) dari tadi mengarut tanpa sedar saya sebenarnya nak tulis pasal pintu suka hati saja..hohoho^^
alangkah indahnya kan??indah tak indah...
Hidup sekarang ini lebih indah sebenarnya..semuanya ada..:-)
perasa apa lagi yang kita mahu dalam hidup ini..semua ada..bila kita katakan kita tak bahagia seperti orang lain namun di celah setiap kesedihan itu pasti ada terselit sebutir kegembiraan bukan? maka itu yang lebih berharga..harga sebuah kesakitan itu lebih diperlukan dalam kehidupan untuk merasa kebebasan berbanding sebuah pintu suka hati si Doremon...



Monday, 14 May 2012

let me...

(^-^)(^^)..~
first time menulis di ruangan blogger ni..:-)
rasa lucu pula bila banyak sangat pertanyaan yang saya lemparkan buat si sahabat..ahaha
namun yang pasti ruangan ini akan saya gunakan sepenuhnya..biasalah bila impian menulis itu lahir sejak dahulu..tapi rasanya impian itu sudah tersisih jauh dari landasan..bidang perubatan dan bidang penulisan mungkinkah akan bersatu?
mungkin ya..siapa tahu? :-)
andai semuanya mudah seperti yang dikata maka tiada indahnya sebuah kehidupan..
andai semuanya teratur seperti mahunya manusia,tiada nafas sebuah kehidupan..
andai semuanya semudah A,B,C...tapi A,B,C pun susah beb..:-) hehe..maka hilang nadi kehidupan..
jadi begini lah kita seadanya manusia..menerima seadanya takdir yang diberi..namun itu tidak bermakna kita harus berserah..usaha itu perlu..namun jika itu takdirnya siapa kita untuk menidakkan sebuah realiti kehidupan bukan??
terkadang minda sering bertnya mengapa harus begini dan mengapa harus begitu?
tapi akal turut menjawab bahawa tidak semua pertanyaan itu memerlukan jawapan..:-)