Hari ini saya telah mendapat ilham untuk menulis dan seterusnya meluahkan apa sahaja yang terlintas di benak saya seketika tadi dan juga masih saya fikirkan sehingga ke saat ini. ayat ini sungguh sinonim dengan siapa sahaja sejak dari dahulu,kini dan mungkin selamanya. Pagi tadi seperti biasa saya bersama teman-teman saya dan berbual bersama. Namun bezanya,kali ini saya hanya diam mendengar setiap butir bicara sang sahabat tatkala mereka begitu asyik berdebat pada hemat saya..terkadang saya tersenyum sendiri kerana setiap seorang mempunyai pendapat yang berbeza..selalunya saya yang lantang menyuarakan pendapat namun kala itu saya memilih untuk berdiam dan mendengar semuanya.kadangkala berdiam dan mendengar itu adalah lebih baik bukan? :-)mereka membincangkan tetang cinta!! atau lebih dikenali dengan LOVE mungkin..^^
sahabat saya memulakan bicara dengan kata-kata "Butakah cinta?"
Kala itu juga saya tersenyum..kerana bagi saya secara peribadinya berpendapat bahawa cinta itu tidak buta..hanya kita sendiri yang membutakan diri kerana cinta itu..Buktinya??
cinta kan tiada mata wei..mesti larr tidak boleh di kategorikan antara buta tau tidak kerana secara azalinya cinta memang tidak bermata..kita yang mempunyai mata ini yang hilang pertimbangan dan kewarasan apabila melibatkan cinta bukan? kerana cinta aku rela...
terasa kelakar apabila mendengarnya namun apabila kita sendiri melaluinya,tidak akan timbul sekelumit rasa lucu pun dengan keadaan ini..percaya atau tidak,anda sendirilah mendalaminya..:-)
kata sahabatku lagi "bagaimana kamu boleh jatuh cinta pada si dia jika kamu tahu si dia tidak boleh menanggung kamu nanti?"saya berfikir panjang pada saat dia mengutarakan soalan ini..sahabat saya yang lain mengatakan dia tidak matang dalam soal cinta..benarkah?
kata sahabatku yang lain kalau dah cinta, semuanya pun boleh..kalau dah cinta,yang susah pasti jadi senang..soal tanggung tak dapat tanggung itu soal kedua..saya tidak membantah mahupun mengiyakan kerana pada saya ianya terlalu subjektif..
kerana keadaan cerita cinta sebegini boleh sahaja terpecah kepada beberapa bahagian cerita yang berbeza mengikut ketetapan individu itu dan juga menguji sebagaimana kukuhnya ikatan cinta keduanya di akhir nanti..kita sering sahaja mendengar orang tua memberi pesan bahawa 'semasa bercinta memang semuanya indah,tapi bila dah kahwin...'
mungkinkah akan sama indahnya seperti pada mulanya?atau lebih indah mungkin?siapa tahu...
saya sendiri juga tiada jawapannya..(saya kan belum kahwin..hehehehe)
"Love does not begin and end the way we seem to think it does. Love is a battle, love is a war; love is a growing up."
Berbalik pada topik tadi,saya ingin meluahkan pendapat namun sekali lagi sang sahabat mengutarakan soalan "mahukah kamu menerima lelaki yang memang tidak dapat menjanjikan masa depan dengan kamu?perempuan tak mengapa kerana apabila berkahwin perempuan memang di bawah tanggungjawab lelaki.."
matanya terarah kepada saya saat itu..mungkin inginkan pendapat saya yang hanya berdiam diri sejak tadi..saya terkedu seketika..saya juga tidak dapat memberikan jawapan yang pasti..kerana secara lazimnya memang boleh sahaja kita menerima lelaki itu jika memang hati dah cinta..kita nak apakan lagi bukan?jika ketentuan takdir bahawa dia lah jodoh terbaik kita,siapa kita hendak menidakkan..takkan semua perempuan hendakkan lelaki yang kaya dan boleh menjanjikan intan permata kan?habis tu siapa yang nak kahwin dengan yang miskin papah kedana?sedarlah bilangan lelaki dan perempuan di dunia mempunyai perbezaan yang sangat ketara..kalau dah tahu si dia tak mampu,kenapa tidak kita bantu??kalau dia kekurangan kenapa tidak kita perempuan melengkapkan kekurangan itu..jika benar hati tulus ikhlas mencintai dia seadanya semuanya memang boleh!:-) dan pasti boleh!
tapi,sayang sekali semuanya itu hanya terpendam dalam sanubari saya sahaja..kerana bila difikir secara logiknya lagi,memang masa depan yang cerah bersama di kemudian hari itu penting untuk kehidupan berkeluarga kelak..apalagi dunia sekarang semuanya memerlukan wang! ini memang tidak dapat dinafikan lagi..itupun jika kita memang serius bercinta dan terfikir ke arah itu..jika sekadar suka-suka dan ingin menimba pengalaman bercinta,memang boleh sahaja percintaan ini terjalin kerana individu sebegini tidak memikirkan komitmen yang serius kelak..jadi yang penting enjoy! :p
tapi bila si dia mengungkapkan kata cinta dan kita mempunyai rasa yang sama..?dan andai kata si dia serius ke gerbang perkhawinan..? mahu kah kita teruskan..?pastikah kita bahagia..?
sahabat saya yang lain pernah mengatakan "bagi saya,walau bagaimana besarpun cinta saya dengan si dia tetapi bila saya tahu dan pasti dia tidak mampu menanggung saya dan tidak dapat menjanjikan masa depan yang cerah,saya rela mengenepikan perasaan cinta itu..kerana keluarga saya juga mungkin tidak setuju jika saya terus memilih dia.jadi sebelum semua itu berlaku,seeloknya saya undur diri"
mungkin ada benarnya apa yang di katakan oleh sahabat saya itu..kerana sebelum semuanya menjadi lebih teruk lebih baik kita korbankan perasaan itu bukan?
tapi kata hati saya juga mengatakan sebaliknya..bukankah cinta itu satu perjuangan yang hakiki?kita perlu berjuang sehingga ke akhirnya..cinta itu tidak akan datang bergolek semudah hembusan sang bayu dan berarak indah seperti indahnya sang awan di langit..jika sudah ditakdirkan kita dengan si dia yang memang tidak berkemampuan,tunggulah seberapa lama pun juga, memang tidak akan kunjung tiba si dia idaman itu yang mampu memberikan kecerahan di masa depan..
"instead of finding a perfect love,better we build our perfect love"
tapi walau apa jua pendapat yang ada,semuanya bergantung pada diri kita sendiri bukan?
hanya kita sendiri yang boleh tentukan layak atau tidak si dia di sisi kita..boleh atau tidak si dia memberikan apa sebenarnya yang kita perlukan..bukan wang semata tetapi cinta dan tanggungjawab yang tinggi apabila si dia mahu memiliki diri kita..:-)
benar,cinta tidak berlandaskan wang tapi mampukah jika hanya cinta semata??
jawapannya ada pada kita..~(^-^)(^^)